Tips menghadiri rumah terbuka

Seronok sungguh la masa bulan raya ni. Ada saje kawan-kawan yang sudi share rezki dengan kita dengan cara jemput kita ke Hari Raya Open House. Ada yang buat secara kecil-kecilan dan ada juga yang buat secara besar-besaran. Terpulanglah kepada kemampuan masing-masing yang penting jangan membazir pula.

Kak lin nak share beberapa tips yang sesuai untuk kita fikirkan sebelum kita menghadiri sesuatu ‘open house’ untuk menyantuni pihak yang menjemput.

1. Apabila kenalan kita menjemput kita ke open house dia, maksudnya dia menghargai kita.
Oleh itu, adalah sangat patut kita ucapkan terima kasih atas jemputan serta maklumkan kepada yang menjemput sama ada kita dapat hadir atau tidak.

2. Hadir pada waktu yang ditetapkan. Tidak terlalu awal dan tidak dihujung-hujung waktu yang ditetapkan. Hormatilah tuan rumah yang berpenat lelah merancang dan melaksanakan majlis.

3. Ada juga situasi di mana tuan rumah ingin memeriahkan suasana lalu mengadakan tema pakaian untuk majlis. Jika kita mampu utk memenuhi kehendak tema maka teruskan. Tapi jika kita tidak bersedia utk memenuhi kehendak tema, maka berterus terang saja dengan tuan rumah. Yang penting di majlis Hari Raya Open House kita haruslah berpakaian yang sesuai, sopan dan terbaik yang kita ada.

4. Amalan memberi hadiah (buah tangan) kepada orang juga adalah amalan yang baik. Sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah kerana menjemput kita ke majlis Hari Raya Open House boleh saja kita membawa ‘sesuatu’ untuk tuan rumah tetapi ianya tidaklah menjadi kemestian.

5. Apabila kita menghadiri majlis Hari Raya Open House, ada kalanya kita kenal tetamu lain yang hadir dan ada kalanya kita langsung tak kenal tetamu lain. Jika keadaan mengizinkan, berkenalan dan berkomunikasilah dengan seorang dua tetamu yang berhampiran dengan kita. Dengan cara ini kita akan lebih selesa dan tidak rasa janggal. Elakkan mengumpat dan berbicara berkaitan topik kontroversi dan sensitif.

6. Mematuhi adab umum apabila berada di majlis seperti tidak merokok di dalam majlis, menjaga anak-anak agar tidak berkejar-kejaran atau bertindak merosakkan harta benda tuan rumah atau melakukan perkara bahaya.

7. Akhir sekali, ucapkanlah kepada tuan rumah selamat tinggal dan terima kasih sebelum meninggalkan majlis. Di Hari Raya yang mulia ini ambillah yg jernih buang yang keruh kita saling maaf memaafi.

Bagi diri Kak Lin raya tahun ini kak lin nak memenuhi jemputan Open house pun tak dapat , apa lagi nak buat sendiri open house. Ibu kak lin terjatuh pada hari ke 3 raya Dan masih dirawat di hospital . Moga ibu cepat sembuh seperti sedia kala.

Bagaimana majlis open house korang, citerlah sikit di komen

Selamat ber Open House semua..

#ProjekBlogMega

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023