
Kita hidup dalam masa, di mana terdapat tekanan di setiap sudut kehidupan. Walaupun kita rasa telah berusaha dengan yang terbaik, tekanan tidak dapat dielakkan, jadi kita semua perlu mencari cara baharu dan inovatif bagi mengatasi tekanan atau sekadar mengendalikan tekanan ini.
Selalunya kita berasa bersendirian untuk menangani masalah kita, atau situasi amat rumit kerana kawan-kawan atau keluarga masing-masing ada kehidupan masing-masing dan tidak selalu di sisi apabila diperlukan. Hal seperti berlaku bukan kerana kita kurang kasih sayang atau perhatian tetapi kerana kehidupan mereka juga penuh dengan ujian dan dugaan masing-masing.
Oleh itu Ramai di antara kita cuba untuk membaca petikan atau kata-kata motivasi atau inspirasi untuk merangsang kita, apabila keadaan menjadi sukar. Kebanyakan petikan motivasi ini akhirnya menjadi popular dalam masyarakat.
Setiap orang, pada satu-satu ketika dalam hidup memerlukan sejenis inspirasi jika kita ingin terus maju. Petikan motivasi memberi kita cetusan rasa yang cepat dan tepat pada masanya untuk mengembalikan fokus kita. Ianya memberi inspirasi yang diperlukan untuk hari atau situasi masa itu. Selalunya petikan boleh memberi inspirasi untuk satu tempoh tertentu dan memberi inspirasi kepada kita apabila motivasi kita telah mula menurun.
Kata-kata Atau petikan motivasi boleh bertindak sebagai pencetus, pembantu untuk memfokuskan kita ke arah matlamat atau pelan tindakan tertentu. ‘Keep it simple, stupid’ ialah Satu contoh petikan ringkas dan santai tetapi padu yang mengarahkan kita agar serta merta berfikiran ringkas serta tidak ‘complecated’ atau terlalu memikirkan sesuatu perkara secara berlebihan sehingga tidak jumpa jalan penyelesaian.
KATA-KATA ATAU PETIKAN MOTIVASI BERGUNA UNTUK SEMUA ORANG
Pemikiran adalah aspek penting kepada manusia, kerana ia memberi kita masa untuk memproses idea dan mempertimbang keputusan. Oleh itu, sangat penting untuk kita mengurus pemikiran. Mungkin ada segelintir pengurus, pemimpin, bos dan usahawan memandang rendah kepentingan kata-kata motivasi,tetapi usahawan yang berjaya sentiasa mempunyai pandangan yang positif dan biasanya terinspirasi dengan kata-kata motivasi orang lain yang telah berjaya. Kita juga biasa melihat individu, terutamanya ahli sukan, terlibat dalam melaungkan perkataan atau frasa, yang merangsang pemikiran mereka untuk memenangi sesuatu pertandingan.
Masa adalah keutamaan kepada semua orang pada masa kini, kita perlukan sesuatu yang segera . Jadi kata-kata motivasi dapat memberikan impak yang pantas untuk memotivasikan diri seseorang dengan segera.
Petikan inspirasi atau kata-kata motivasi menangkap dan menarik minda bawah sedar kita, yang sememangnya merupakan bahagian utama keseluruhan minda kita. Kata-kata motivasi boleh mengubah keseluruhan proses pemikiran kita dengan serta-merta, mengarahkan tenaga kita ke arah yang positif. Adalah jelas bahawa apabila alam bawah sedar sentiasa dipenuhi dengan aliran arahan positif, maka berlaku peningkatan pandangan positif dan meningkatkan keperibadian baik kita. Pakar psikologi juga menyedari bahawa kepositifan adalah penting untuk pulih daripada penyakit yang disebabkan oleh pemikiran negatif.
Sebilangan besar kata-kata motivasi mengambil masa 10 hingga 20 saat sahaja untuk dihadam. Namun, mesej yang terkandung di dalamnya adalah sangat memberi kesan.
Contoh kata-kata motivasi
- Untuk Berjaya, Hanya 2 Perkara Yang Perlu Anda buat. Berhenti bercakap dan mulakan sesuatu
- Orang yang gagal akan nampak kesusahan pada setiap peluang, manakala orang yang optimis akan nampak peluang dalam setiap kesusahan
- Jangan biarkan apa yang berlaku semalam menghantui hidup anda hari ini
- Anda belajar lebih banyak dengan kegagalan berbanding terus berjaya. Jangan biarkan kegagalan buat anda mengalah. Kegagalan membentuk jati diri anda
- Kehidupan bukanlah berkisar tentang kekalahan anda, tetapi berkisar tentang apa usaha anda untuk bangun semula
- Sekiranya anda bekerja untuk sesuatu yang anda betul-betul mahukan, ia tak akan buatkan anda tertekan.
- Siapa yang betul-betul gila kerana berfikir dia boleh mengubah dunia, dialah orang yang akan mengubahnya.
- Kegagalan tidak akan menjatuhkan anda sekiranya anda betul-betul nekad untuk berjaya
- Manusia tidak di cipta oleh keadaan. Sebaliknya manusia yang mencipta keadaan.
- Masa akan terus berlalu, apa yang penting ialah apa yang anda lakukan dengan masa yang ada.
Bagi diri Kak Lin , setiap orang perlukan kata-kata motivasi bagi memastikan diri sentiasa positif, ceria, menerima kehidupan dengan rasa syukur yang tinggi, kuat berusaha dan yakin dengan rezeki serta ketentuan Allah yang Maha Pencipta lagi Maha Kaya.
Sejak berbisnes Shaklee bersama team Spectacular, Kak lin sentiasa dibasahi dengan kata-kata motivasi yang menyegarkan dan menginsafkan.
Bagi mereka yang sedang mencari-cari circle , group , team yang sentiasa memastikan ahlinya berada pada tahap emosi dan minda positif yang tinggi, mari hubungi Kak Lin .

http://wasap.my/60192175059/jointeamkaklin


