
TESTIMONI SHAKLEE
Sekejap saja masa berlalu, sudah masuk 3 tahun mengamal suplemen Shaklee. Teringat lagi masa mula-mula nak cuba suplemen dulu. Sekarang Kak Lin dah boleh share TESTIMONI SHAKLEE Kak Lin sendiri
Kak Lin masih ingat pada tahun 2021 masa tu usia Kak Lin memasuki 50 tahun. Kak Lin mula terasa dan sedar yang Kak Lin perlu ambil supplement atau makanan tambahan untuk bantu kak Lin agar lebih sihat. Masa tu kak lin selalu juga sakit kepala. Dalam seminggu mesti ada satu kali sakit kepala. Tambahan pula apabila usia dah masuk 50 tahun, memang Kak Lin rasa tak selesa di sana sini.
Permulaan kenal Shaklee
Kawan Kak Lin pernah beritahu Kak Lin yang dia dah jadi ahli Shaklee (pengedar sah Shaklee). Kak Lin pun mula mencuba produk pertama iaitu Alfalfafa. Setelah mencuba alfalfa, Kak lin rasa ada perubahan dan Kak Lin mula berkenalan dengan lebih mendalam tentang produk Shaklee yang lain dan mengenali latarbelakang syarikat Shaklee. Benarlah seperti yang orang kata, jika tak kenal maka tak cinta. Setelah Kak Lin kenal produk Shaklee dan syarikat Shaklee kak Lin semakin yakin bahawa produk Shaklee adalah selamat, terbukti berkesan, diyakini dan sesuai dengan Kak Lin.
Kesan Shaklee
Kak lin mula dapat rasa berbagai kesan positif setelah kak lin tambah lagi pengambilan supplement seperti Vitamin C, Omega Guard, Ostenutrix, B-Complex dan lain-lain. Kesan yang ketara ialah Kak Lin tak sakit kepala lagi, takde kebas-kebas tangan, takde lenguh-lenguh badan, dan simptom mudah lupa berkurangan. Syukur sangat. Banyak sangat perubahan atas diri kak lin. Syukur sangat.
Mula dari situ kak Lin yang memang dah sejak awal daftar ahli, mula join bisnes. Sambil makan sihat, sambilbisnes untuk tambah pendapatan. Kini dah tahun ketiga kak Lin jadi pengamal setia sumpplement Shaklee. Kak Lin ambil supplement ikut keperluan diri, ada yang berkala dan ada yang setiap hari. Oleh itu kena faham dan tahu fungsi produk yang kita ambil. Kak Lin pernah cuba semua produk Shaklee seperti berikut :
Vitamin B-Complex (ada asid folik, biotin)
Vitamin E
Omega 3
Alfalfa
Herblax
Ostenutrix (kalsium, magnesium, vitamin D)
Vita-lize (multivitamin)
Vivix
Res-V
ESP
Cinch Shake
Cinch Tea Mix
Nutriferon
Testimoni 3 tahun makan supplement Shaklee, bab selsema demam memang jarang sangat. Apabila ada tanda-tanda nak selsema, kak lin dah tahu cara atasinya dia. Macam Kak lin akan makan lebih vitamin C, ambil nutriferon dan elderberry (ada dalam vivix /hero kiddo).
Bila ada tanda nak sakit kepala juga sama. Kak Lin ambil supplement shaklee. Tak bergantung kepada Panadol lagi. Untuk sakit kepala Kak lin amal vitamin B-complex 1 biji , 1 biji ostenutrix, satu sachet nutriferon boleh campur dengan air vivix atau tea mix. Pendek kata dah takde sakit kepala lagi sebab kak lin dah amal B-Complex dan ostenutrix setiap hari
Berat berjaya turun balik ke asal.
Ini pula kisah kawan kak Lin, Kak lin selit kat sini. Berat naik masa sebab pkp masa tu. Dekat 60kg. Jika naik situ memang akan jadi obes lah bmi sebab ketinggian dia juga rendah. So, kena bagi bmi tu normal semula. Apa kak lin suruh dia buat? Kak lin ajak dia buat intermittent fasting dan amik supplement shaklee. Hasilnya berat turun dan badan lebih fit. Sampai sekarang ni berat kekal tak naik dah.
Selain tu, keluarga juga ada makan vitamin Shaklee ni. Biasa mereka ambil vitamin C untuk fokus kuatkan imun badan. Untuk mak kak lin pulak dia ambil ostenutrix (kalsium, vitamin D dan magnesium). Fokus untuk sakit sendi, lutut,
Yang ketara berubah, dari segi makan minum. Kak Lin dah kurang minum yang manis makan makanan manis pun kurang minat. Contohnya, Kalau Kak lin teringin beli kopi Latte di kedai Dunkin Donut Kak lin akan minta dia kurangkan gula. Kak Lin dah tak minum air tin atau air kotak yang manis tu. Kek , biskut raya, biskut manis juga kurang sangat. Alhamdulillah sejak kenal Shaklee ni, gaya hidup Kak Lin juga berubah ke arah lebih sihat dan lebih baik.
Begitulah serba sedikit pengalaman dan testimoni Shaklee dari Kak lin. Boleh kata sejak jadi mengamalkan supplement Shaklee ni kesihatan lebih baik dan tak bergantung pada ubat.
Boleh hubungi Kak Lin terus. Kak Lin akan bantu bagi yang berminat nak dapatkan produk Shaklee ini. Tak kira di mana jua anda berada semua boleh oder Shaklee dengan Kak Lin ok.
http://wasap.my/60192175059/nakhaklee

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023