Vitamin dan Suplemen (makanan tambahan) Terbaik Untuk wanita mengandung . Semasa hamil, tubuh wanita mengandung akan mengalami pelbagai bentuk perubahan untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan. Oleh itu, penting untuk si ibu mendapatkan nutrisi dan vitamin yang cukup sepanjang mengandung. Kak lin akan kongsikan apa yang sesuai diambil oleh para ibu semasa proses kehamilan.
Vitamin dan Suplemen Terbaik Untuk wanita Mengandung
- Asid Folik
Asid folik atau vitamin B9 adalah salah satu vitamin yang sangat penting untuk diambil sejak dari awal kehamilan. Ia penting untuk si ibu dan janin dalam kandungan:
Menyokong perkembangan tiub saraf bayi.
Meningkatkan tenaga untuk si ibu dan bayi yang membesar dalam kandungan.
Mencegah kecacatan kelahiran seperti kecacatan tulang belakang dan otak melalui pengambilan asid folik terutama semasa peringkat awal kehamilan.
Paling baik, boleh cuba ambil sebelum merancang untuk hamil.
- Protein
Masa hamil, protein sangat penting untuk kandungan ibu dan bayi terutama untuk:
Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat terutama semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi akan menjalani proses
pertumbuhan yang pesat pada masa ini.
Pertumbuhan tisu payudara dan rahim optimum bagi ibu semasa hamil. - Multivitamin dan zat besi
Semasa hamil, pengambil vitamin dan mineral yang sangat penting
untuk membantu:
Mencukupkan nutrisi ibu supaya ibu dan bayi mendapat semua nutrien perlu bagi mengekalkan kesihatan badan semasa tempoh kehamilan sampailah bayi lahir.
Zat besi pula penting untuk menyokong penghasilan sel darah merah untuk membantu membawa oksigen dan menghantarnya kepada bayi serta mencegah anemia pada ibu. Untuk kesan terbaik boleh ambil zat besi bersama vitamin C. - Kalsium
Apabila hamil, ibu memerlukan lebih banyak kalsium untuk si ibu dan juga bayi dalam kandungan. Ia penting untuk:
Membantu perkembangan tulang dan gigi bayi yang sihat dari dalam kandungan hingalah sudah lahir.
Mengawalatur penggunaan cecair dalam badan ibu.
Mengembalikan simpanan kalsium ibu agar bila sudah berumur kelak, dapat mencegah tulang rapuh atau patah (osteoporosis).
Mencegah sakit badan, sakit sendi atau sakit pinggang masa ibu hamil. - Vitamin C
Selain untuk menguatkan sistem imun ibu, ia juga dapat:
Membantu pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang bayi.
Menyokong penyerapan zat besi (dapat elak masalah anemia).
Menyokong pembentukan kolagen yang menjadi bahagian penting dalam salur darah dan juga bagus untuk kulit ibu dan bayi. - Asid lemak Omega 3
Omega 3 juga penting untuk diambil oleh para ibu semasa hamil. Ia boleh membantu:
Menyokong perkembangan otak, mata, dan sistem saraf bayi.
Menyokong kesihatan otak ibu.
Mengurangkan risiko bayi pra-matang.
Mengurangkan kulit bayi alergik.
Membantu mengawal paras lemak kolesterol yang sihat masa ibu hamil.
Vitamin dan Suplemen Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Vitamin dan Suplemen Shaklee Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Vitamin dan Suplemen Terbaik Untuk Ibu Mengandung



Testimoni Set Hamil Shaklee


Untuk para ibu, pastikan ibu-ibu mengambil pelbagai jenis vitamin dan mineral yang cukup semasa kehamilan. Ia penting untuk kesihatan ibu dan perkembangan yang sihat bagi bayi dalam kandungan. Tapi pastikan ibu memilih suplemen yang selamat dan sesuai untuk dimakan sepanjang hamil.
Berminat untuk mencuba Suplemen Shaklee untuk ibu mengandung, anda boleh terus menghubungi Kak lin. Klik pautan whatsapp.
http://wasap.my/60192175059/nakshaklee
