
Vitamin E ni bagus untuk apa?
-Untuk siapa yg ada masalah kulit kering
-Untuk siapa yang ada masalah parut susah nak hilang
-Untuk siapa yang ada masalah bintik hitam dan jeragat pada wajah
-Untuk siapa yang tengah TTC
-Untuk siapa yang nak awet muda selalu
-Banyakk sangat manfaat Vitamin E ni sebab dia tinggi dengan antioksidan
7 Kebaikan Vitamin E Untuk Kesihatan
Vitamin E memberi manfaat kepada badan kita melalui pelbagai cara termasuklah melindungi sel-sel dalam badan. Di sini kak lin kongsikan manfaat vitamin E.
1. Melindungi sel badan
Sifat antioksidan pada vitamin E boleh membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Bahaya radikal bebas ini boleh membawa kepada risiko penyakit dan mempercepatkan penuaan. Ini sebab vitamin E perlu kerana ia boleh membantu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.
2. Untuk sistem imun
Vitamin E juga bagus untuk sistem imun. Ia membantu pertumbuhan t cell. T cell penting untuk melawan sel yang dijangkiti dan mengaktifkan sel imun yang lain dengan lebih efektif.
3. Meningkatkan bilangan sel darah merah
Vitamin E membantu meningkatkan sel darah merah yang penting untuk membawa oksigen daripada paru-paru ke dalam darah untuk di bawa ke seluruh badan. Vitamin E juga sebagai antioksidan bertindak menghalang proses oksidasi.
4. Kulit sihat dan cantik
Vitamin E juga penting untuk kulit. Sifat antoksidan vitamin E membantu melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh merosakkan lapisan sel. Kesannya berlaku kerosakan DNA, dan proses penuaan lebih cepat berlaku.
5. Kesihatan buah pinggang
Tahu tak tekanan darah tinggi boleh menganggu fungsi buah pinggang. Dengan adanya sifat antioksidan vitamin E ia boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan menjaga kesihatan buah pinggang.
6. Kesihatan mata
Manfaat antioksidan pada Vitamin E juga bagus untuk menjaga kesihatan mata. Bahaya radikal bebas boleh menganggu kesihatan tisu mata yang menjadi punca pembentukan katarak atau age-related macular degeneration (AMD).
7. Kesihatan jantung
Vitamin E juga mempunyai sifat anti-keradangan. Ia boleh memberi manfaat kepada endothelium, atau lapisan dalam saluran darah, dan membantu mengurangkan pembentukan plak dalam arteri.
Beberapa kajian juga menunjukkan pengambilan Vitamin E bersama suplemen Omega 3 boleh mengurangkan LDL dan paras triglyceride ke atas individu yang ada sindrom metabolik (termasuk yang ada paras lemak dalam darah yang tinggi – boleh meningkatkan risiko sakit jantung).
Makanan yang ada vitamin E
Ada banyak jenis makanan yang ada vitamin E dan boleh diambil setiap hari seperti:
Sunflower seeds
Almonds
Hazelnuts
Peanuts
Pistachios
Avocado
Kiwi
Mangga
Blackberries
Blackcurrants
Raspberries
Brokoli
Asparagus
Bayam
Kacang hijau
Sayuran daun hijau
Suplemen vitamin E
Make sure jangan lepaskan peluang keemasan sempena harga jatuh menjunam ni k korang!!
HUBUNGI KAK LIN UNTUK DAPATKAN vITAMIN E SHAKLEE, KLIK SINI http://wasap.my/60192175059/nakvitamine

